Program Bimbingan Usahawan 2022 (PBU22) siri pertama akan diadakan pada 24 Februari 2022 (Khamis) bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang.
Program ini bermatlamat untuk memberikan pendedahan mengenai amalan perniagaan untuk membantu kumpulan sasaran meningkatkan taraf ekonomi kendiri melalui serta peluang mendaftarkan perniagaan secara percuma di bawah Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP).
 
Peserta akan diberikan pendedahan mengenai:
1. Kelebihan perniagaan yang berdaftar;
2. Perancangan & Penstrukturan Semula Perniagaan; dan
3. Pemasaran digital
 
Penyertaan percuma dan tempat adalah terhad.
*Sijil penyertaan turut diberikan kepada peserta.
 
Untuk mendaftar sila scan qr code atau hubungi nombor yang tertera pada poster di atas.