Pusat Internet (PI) Pekan Rumbia, Alor Gajah, Melaka mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. Pusat Internet yang sebelum ini dikenali dengan nama Pusat Jalurlebar Komuniti (Community Broadband Center) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasamaTelekom Malaysia Bhd dan MSD Digital Intelligence. Objektif penubuhan Pusat Internet ini adalah untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Selain itu, penubuhan Pusat Internet ini juga diwujudkan di seluruh Malaysia untuk mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka. Setiap Pusat Internet dikendalikan oleh 2 orang petugas dan waktu operasi adalah bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 6 petang setiap hari (kecuali cuti umum atau tugasan luar)

 Petugas Pusat Internet Pekan Rumbia
 Pengurus Zurita Binti Basir 
 Pen. Pengurus Muhammad Azwan Bin Zainuddin 
 Email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

 

  Waktu Operasi Pusat Internet Pekan Rumbia
Hari Masa Rehat
Isnin - Ahad 9.00 am - 6.00 pm

1.00 pm - 2.00 pm

Jumaat 12.30 pm - 2.30 pm

      * Tutup pada hari cuti umum

PETA LOKASI PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PEKAN RUMBIA new

            Latitude/Longitude : 102.2085/2.328722

 

logo-title-usp-bm

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan Pusat Internet Pekan Rumbia merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020 

Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap Pusat Internet diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan iaitu isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan Pusat Internet  sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

  • e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
  • e-Pembelajaran (e-Learning)
  • Pengumpulan dan pertukaran maklumat
  • Pusat Komunikasi
  • Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
  • Pusat peperiksaan dan persijilan.

* Untuk Sebarang Maklumat Lanjut anda boleh melayari laman web USP SKMM :    http://usp.skmm.gov.my/ *

arrowgifSila "Like" Facebook Pusat Internet  Pekan Rumbia untuk mengetahui perkembangan terkini atau berhubung dengan petugas sekiranya ada sebarang pertanyaan/makluman.                                        

 

 thumbfb  Facebook Page : Pusat Internet Pekan Rumbia

 Anda juga di jemput untuk "Like" Facebook Page Menarik di Alor Gajah untuk mendapatkan maklumat atau info menarik mengenai pelancongan, aktiviti, makanan, hiburan dan banyak lagi mengenai Alor Gajah dan Masjid Tanah.

klusterpage

 thumbfb Facebook Page : Menarik di Alor Gajah

 


 KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN

Pusat Internet Pekan Rumbia, Alor Gajah, Melaka mempunyai infrastruktur ICT yang lengkap dan bertujuan untuk pembelajaran. Terdapat 20 buah komputer kesemuanya, 10 buah diletakkan di dalam bilik latihan, manakala selebihnya di bahagian penggunaan luar. Bilik latihan di Pusat Internet ini juga dilengkapi dengan sebuah SMARTBOARD bagi tujuan pembelajaran yang lebih selesa. 

Berikut adalah makluman terkini daripada pihak SKMM berkenaan dengan caj penggunaan​ internet dan peralatan di Pusat Internet berkuatkuasa pada 1 April 2016.

Caj penggunaan komputer adalah tertakluk kepada jadual di bawah :

CAJ1

CAJ2

**Tertakluk Kepada Terma & Syarat

 


 PROGRAM YANG TERDAPAT DI PUSAT INTERNET PEKAN RUMBIA

 Pengenalan Kepada Komputer
  • Perkakasan Komputer
  • Perisian Komputer
  • Penjagaan Komputer
  • Baikpulih Komputer 
 Microsoft Office
  • Word
  • Excel
  • PowerPoint 
 Klik Dengan Bijak
  •  Etika Ketika Atas Talian
  • Keselamatan Atas Talian
 Pembelajaran Atas Talian
  • Unicliq
  • Tutor 
 Latihan Keusahawanan
  • Pengenalan Kepada Laman Web
  • Asas Pembangunan Laman Web
  • Perniagaan Secara Atas Talian
  • Media Sosial
  • Perbankan Atas Talian
 E-Aplikasi
  • E-Kerajaan
  • E-Dagang
  • E-Pembelajaran
 Intel
  • Intel Easy Step
  • Intel Basic Entrepreneurship