Untuk makluman, pihak MCMC di bawah Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Kandungan (CDMD) sedang menganjurkan Pertandingan Usahawan Terbaik Pusat Internet 2017. Pertandingan ini telah dibuka sejak 2 Ogos yang lalu dan ditutup pada 25 Ogos 2017.

Objektif pertandingan ini adalah untuk menghargai dan mengiktiraf pencapaian usahawan di kalangan komuniti sekitar PI disamping menyuntik semangat mereka dalam mengejar kecemerlangan ke arah pembangunan ekonomi negara. Anda usahawan? Mahu mencuba? Boleh hubungi pihak PI untuk maklumat lanjut.

 

Portal SEBENARNYA.MY adalah sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak dan melapor berita yang tidak ditentusahkan, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain. Dengan adanya portal ini diharap gejala penularan berita palsu dalam talian yang boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara, dapat ditangani dengan berkesan.

15355578 1187233701313626 1712781359575621974 n

Kelab Komuniti Harmoni Melaka dengan kerjasama Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bersama Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan JAPERUN Rembia akan menganjurkan Program Membina Keluarga Bahagia yang berada di ketetapan berikut :

Tarikh : 12 Disember 2016 (Isnin)

Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang

Tempat : Kompleks JAPERUN Rembia

* Semua dijemput hadir.

 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) dengan kerjasama Malaysian Technical Standards Forum Bhd (MTSFB) dan syarikat perkhidmatan telekomunikasi, melancarkan program Mobile e-Waste: Old Phone, New Life pada 12 Ogos 2015. Program yang dilancarkan oleh YB Dato’ Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia bertujuan untuk menggalakkan orang ramai melupuskan secara selamat dan mengitar semula peranti mudah alih yang telah tamat tempoh hayat, tidak digunakan atau yang tidak diingini lagi, ke arah memupuk budaya 3R (reduce, reuse and recycling) di Malaysia.

Melalui program ini, orang ramai boleh melupuskan peranti mudah alih yang rosak dan usang seperti ‘pendrive’, kamera digital, telefon bimbit, telefon pintar, tablet dan phablet termasuk pengecas dan aksesori yang tidak lagi digunakan di 72 kedai telekomunikasi di seluruh negara yang menempatkan sebuah kotak pengumpulan Mobile E-Waste. Untuk maklumat lanjut mengenai kedai telekomunikasi yang menyertai program ini dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif Mobile E-Waste, sila layarihttp://mobileewaste.mcmc.gov.my.

15401134 1186196021417394 2100574985186348660 n

Penyelaras Dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri Kawasan (JAPERUN) Rembia dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Aman Kelemak akan menganjurkan Program Qiamullail Peringkat DUN Rembia yang bertempat diketetapan berikut : 

Tarikh : 10 Disember 2016 (Sabtu)

Masa : 3.00 Pagi

Tempat : Masjid Al-Aman Kg. Kelemak Alor Gajah

* Semua muslimin dan muslimat di jemput hadir.