Dimaklumkan waktu operasi PI Pekan Rumbia sepanjang bulan ramadhan adalah seperti yang tertera. 

POSTER PI1M

Pertandingan kuiz dalam aplikasi Dashboard Komuniti (DK) bertujuan untuk memastikan aplikasi DK ini sentiasa memberi manfaat kepada pengguna untuk berhubung antara komuniti dan senantiasa digunakan oleh komuniti. Pengguna juga akan di uji dengan soalan-soalan yang berkait dengan modul-modul yang terkandung dalam DK.

 

 

Makluman : PI Pekan Rumbia ditutup pada 1 Januari 2018 (Isnin) sempena cuti umum Tahun Baru

dan akan beroperasi seperti sediakala pada hari berikutnya. Terima kasih dan selamat bercuti.

Program "KAMPUNG By GDEX" ini adalah program usahasama diantara pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Telekom Malaysia Berhad (TM), GD Express Sdn Bhd (GDEX) dan juga Pusat Internet (PI) bertujuan untuk mempromosi dan merangsang aktiviti e-dagang di kawasan luar bandar. Secara dasarnya, program ini membantu memudahkan penduduk atau komuniti yang menjalankan perniagaan atau industri kecil dan sederhana dari segi urusan logistik, dimana kami menawarkan perkhidmatan penghantaran secara cepat, termasuk menyediakan sampuk produk khas, "KAMPUNG By GDEX" yang hanya boleh di dapati di Pusat Internet (PI) sahaja. PI terpilih telah dilantik untuk menjadi Pusat Jualan GDEX ataupun "GDEX Reseller Agency". Ini bermakna PI adalah Ejen Kurier Luar Bandar GDEX. Terdapat 6 PI terpilih untuk perkhidmatan ini adalah seperti berikut :-

    •  1.  PI Pekan Rumbia, Rembia
       2.  PI Taman Kelemak Jaya, Alor Gajah
       3.  PI Taman Murai Jaya, Durian Tunggal
       4.  PI Taman Angkasa Nuri, Batu Berendam
       5.  PI Taman Seri Lubuk Redan, Masjid Tanah
       6.  PI Taman Bandar Baru, Masjid Tanah

 

Pertandingan Dashboard Komuniti 2017

Pertandingan Dashboard Komuniti bermula pada bulan Julai 2017 dan berakhir pada 15 Disember 2017.. Terbuka kepada semua komuniti dan AHLI Pusat Internet. Beberapa Kategori yang akan dipertandingkan. Antaranya ialah :

1)Peringkat Nasional (Seluruh Malaysia)
2)Peringkat Wilayah
3)Peringkat PI
 
Pelbagai hadiah menarik disediakan untuk setiap kategori. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi Pusat Internet berhampiran dengan anda.

 

hebah