Nama    :  Zul bin Mat Yusof
Umur    :  53 Tahun 
Ahli     : 2019

Latar Belakang

Encik Zul merupakan seorang DJ yang juga mempunyai perniagaan catering/sewaan dewan perkahwinan/majlis di Paya Rumput, Melaka. Beliau selalu memberi kerjasama dan memberi khidmat sebagai DJ di setiap program anjuran PI Pekan Rumbia pada tahun ini. Merupakan anak jati rembia, beliau mengusahakan perniagaan catering bersama keluarganya dan kini mempunyai sebuah dewan sewaan untuk digunakan sebagai majlis perkahwinan/majlis graduasi dan lain-lain lagi. Menawarkan pelbagai khidmat kahwin dan katering untuk pasaran Melaka bermula dari RM7.90/pax kanopi, peralatan dewan, dekorasi & audio sistem untuk kemudahan para pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Encik Zul menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan mereka. Beliau juga mempunyai pekerja yang sentiasa mengemaskini media sosial untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI adalah dari segi membantu mempromosikan sahaja laman sosial yang telah sedia ada di dalam FB Page dan juga MyShop sebagai tambahan platform jualan.

 


Nama    :  Muhammad Effizul Haziq bin Nahar
Umur    :  25 Tahun 
Ahli     : 2017

Latar Belakang

Encik Effizul atau lebih dikenali sebagai Ustaz Effizul merupakan seorang tenaga pengajar di Madrasah Salija, Rembia dan juga graduan Diploma Usulludin dari KUIM. Beliau juga berperanan sebagai penceramah motivasi seperti Kem Ibadah Solat ketika cuti persekolahan yang diadakan di surau/masjid di sekitar Rembia. Selain daripada itu, Encik Effizul adalah ahli PI yang aktif dan merupakan KOSPEN Pekan Rumbia yang membantu setiap kali acara/program tahunan diadakan. Di usia yang masih muda, beliau menjana pendapatan sampingan dengan menjual kambing perap dan sos perapan secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Encik Effizul dan menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan mereka. Mereka juga mempunyai pekerja yang sentiasa mengemaskini media sosial untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI adalah dari segi membantu mempromosikan sahaja laman sosial yang telah sedia ada di dalam FB Page dan juga MyShop sebagai tambahan platform jualan.

 


Nama    :  Nor Hafida Binti Mohd
Umur    :  37 Tahun 
Ahli     : 2019

Latar Belakang

Puan Hafida merupakan usahawan tempatan yang menjalankan perniagaan pakaian kanak-kanak secara runcit dan juga borong. Ramai pemborong yang mengambil pakaian daripada kedai fizikal beliau yang terletak di Taman Perindustrian Rembia. Pelbagai jenis pakaian kanak-kanak dan bayi yang dijual dengan harga yang berpatutan disamping membantu individu lain yang berminat untuk menjadi agen ByRara

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Puan Hafida  menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan mereka. Mereka juga mempunyai pekerja yang sentiasa mengemaskini media sosial untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI adalah dari segi membantu mempromosikan sahaja laman sosial yang telah sedia ada di dalam FB Page dan juga MyShop sebagai tambahan platform jualan.

  

 


Nama    :  Muhammad Afiq Amsyar Bin M.Azman
Umur    :  16 Tahun 
Ahli     : 2019

Latar Belakang

Afiq merupakan pelajar Tingkatan 4 di SMK Paya Rumput, Melaka. Beliau bersama adiknya mendaftar keahlian pada awal tahun ini. Mereka merupakan pelajar Kelas Mingguan di Pusat Internet Pekan Rumbia.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya PI Pekan Rumbia, Afiq mempunyai ilmu asas pengetahuan tentang dunia ICT termasuk dari segi  penggunaan komputer, internet dan sebagainya. Kebanyakan kerja sekolah masa kini memerlukan penggunaan ICT dan ini menyukarkan komuniti yang perlu ke bandar untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan penglibatan secara aktif di dalam Kelas Mingguan dijalankan, Afiq dapat menguasai penggunaan komputer terutamanya Microsoft Word dan Powerpoint. Setiap tugasan yang diberikan dapat dibuat dengan baik dan turut membantu pelajar yang lain. Beliau juga rajin mengikuti setiap acara anjuran Pusat Internet seperti Hari Bersama Komuniti, Program Lestari ICT dan sebagainya. Beliau juga aktif dalam menyertai setiap pertandingan yang diadakan seperti Pertandingan Mengarang Artikel, Mencipta Poster dan lain-lain.


Nama    :  Ida Sabrina Binti Abdullah
Umur    :  34 Tahun 
Ahli     : 2019

Latar Belakang

Puan Ida merupakan seorang surirumah yang menjalankan perniagaan bakeri/homade bakery di rumahnya di Taman Kelemak. Menyediakan pelbagai jenis pilihan brownies, kek, dan manisan berbentuk cenderahati. Beliau juga mengambil tempahan untuk mana-mana majlis keraian dan juga tempahan pelbagai jenis kuih raya ketika musim perayaan. Beliau juga akan menghantar sendiri tempahan kepada pelanggannya dan caj penghantaran adalah mengikut jarak dari kediaman beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Berbekalkan pengetahuan ICT yang sedia ada, Puan Ida dan Puan Hafida  menggunakannya untuk membuat promosi di dalam platform sedia ada bagi meluaskan perniagaan mereka. Mereka juga mempunyai pekerja yang sentiasa mengemaskini media sosial untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI adalah dari segi membantu mempromosikan sahaja laman sosial yang telah sedia ada di dalam FB Page dan juga MyShop sebagai tambahan platform jualan.